Wednesday, May 07, 2008

Mencari Teman Ke Syurga versi Unplugged...

- entri ini juga terdapat dlm blog FUSSILAT dan CATATAN SEORANG PENGEMIS di bwh tajuk Mencari Teman Ke Syurga -


Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan roh-roh berpadu dengan ikatan akidah. Akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan paling mahal. Ukhuwwah wujud dari keimanan dan perpecahan wujud dari kekufuran. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Tiada persatuan tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah itsar (mengutamakan orang lain).

“Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.”

(Surah al-Hasyr [59]:9)

Al Akh yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, maka dia tidak akan mendapat pengganti selain mereka. Sementara mereka, apabila tidak bersamanya, maka mereka akan bersama dengan orang lain. Sesungguhnya serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain.”

(Surah at-Taubah [9]:71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.

(Imam Hasan al-Banna)

Tidak ada persahabatan tanpa ketaqwaan. Firman Allah di dalam al-Quran,

“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh-musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah az-Zukhruf [43]:67)

Tiada yang dapat merasakan manisnya iman kecuali bagi yang meneguk manisnya iman. Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya maka akan merasakan kelazatan keimanan iaitu yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi kecintaan nya kepada selain keduanya, tiada mencintai sesorang kecuali Allah, benci kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya darinya, sebagaimana ia benci dilemparkan

kedalam api neraka.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Imam Malik, Nabi SAW bersabda Allah SWT berfirman “KecintaanKu didapati oleh orang-orang yang saling mencintai dan saling duduk kerana Aku, saling berkunjung keranaKu dan saling memberi keranaKu.” (Al Muwatta’)

Dari Abu Malik Al Asya’ari, Rasulullah SAW bersabda tentang golongan manusia yang dicemburui oleh para nabi dan syuhada’, “mereka adalah orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana kekerabatan mereka, bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, wajah-wajah mereka adalah seperti cahaya dan mereka saling berada di atas cahaya. Mereka tidak berasa takut dikala manusia ketakutan dan mereka tidak bersedih dihati tatkala manusia bersedih hati…” (Hadith Riwayat Ahmad)

Imam Hassan Al Banna berpesan “Hendaklah kalian mencintai sesama, hendaklah kalian sangat mengambil berat kepada ikatan, kerana itulah rahsia kekuatanmu dan keberhasilanmu. Dan tetaplah tegar sehingga Allah memberikan keputusan dengan haq antara kalian dan kaummu. Dia adalah sebaik-baik pemberi keputusan.”


Org mukmin dgn org mukmin yg lain umpama bangunan yg saling memperkuat antara satu sama lain


Ukhuwah itu bukan lah terbentuk dgn hanya duduk2, makan2, main2 whatsoever bersama dlm jangka masa tertentu, tp ia adalah roh-roh yg berpadu atas dasar aqidah.. sama2lah kita hayati maksud ungkapan "ukhuwah fillah" yg sering kita ucapkn terutama sekali ketika abis program ke, blk dr mane2 kem ke dan sebagainya... =)


1 comment:

Anonymous said...

Di bumi ini, kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu aqidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

Ukhuwah fillah, tidak kan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah

Bertemu, berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita kan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya, mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dari-Mu Rabbi

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni