Monday, August 11, 2008

al-fatihah...

msj dr ayah :
8.49pm : "opah kena stroke, ada d hospital Melaka - coma sudah masuk 3 mlm. tolong bacakan yaasin"

8.56pm : "critical dan kekuatan pernafasan semakin menurun dan boleh berhenti bila2 masa"

msj dr adik :
6.00am : "salam...abg,opah dh meninggal.."


isnin, pagi, kira2 jam 3 lebih, ibu kpd ayah aku (nenek belah ayah) telah dijemput menemui Allah s.w.t... pemergiannya sedikit sebanyak memberi impak kpd ayah khususnya, dan kpd kami sekeluarga amnya... semoga Allah menempatkn nenekku dlm golongan insan2 yg mendapat rahmat dan keredhaan Allah..ameen..

masih segar lg diingatan pertemuan terakhir aku bersamanya ketika hari raya qurban tahun lepas... sihat, masih larat membuat rutin harian, mampu tersenyum... amat mengejutkn bila mendapat berita pemergiannya... pilu kerana tidak dpt melihat jenazah buat kali terakhir kerana terpisah jauh antara 2 benua.. hanya doa yg mampu ku kirimkn buat arwah....

masih basah lg hati ini kerana terkesan dgn tazkirah, slot lintasan hati dan video yg disiarkan dlm usrah sabtu lalu yg bertemakan "zikrul maut"... kami menziarahi kubur seusai usrah pd petang itu... suasana di tanah perkuburan mmg sunyi dan sepi.. hakikatnya, tiada siapa yg mendengar penderitaan dan jeritan atau gelak tawa insan di dlmnya... beberapa hari kemudian, berita nenekku meninggalkn kami selamanya2 smp ke adelaide.... hati ini, yg aku akui mmg sgt2 jarang mengingati kematian, sgt2 terkesan dan terasa akan hakikat kematian.... semoga dgn peristiwa ini, menjadi 1 'modul' pentarbiyahan buat diri ini dan sahabat2 yg lain...

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
Ali-Imran : 185


mari sama2 kite sedekahkn al-fatihah buat Allahyarhamah nenek aku.... jazakumullahu khairan kathira kpd murabbi yg senantiasa mendidik jiwa ini krn meng'organize' majlis bacaan yaasin dan solat jenazah ghaib, kpd warga Meredith krn meng'host' tmpt majlis, kpd sahabat2 yg tidak putus2 mendoakan dan prihatin, dan juga kpd semua yg hadir ke majlis tersebut.... jazakumullahu khairan kathira.... terharu dgn kehadiran antum.... semoga ukhuwah ini akan terus melekat dan tidak hilang....


jzkk semua..!!!



4 comments:

Anonymous said...

takziah dari ana..

moga menjadi peringatan buat kita yang masih hidup tetapi selalu leka, lalai dan alpha.. terutama diri ini..

moga dipermudahkan segalanya.. amin..

Dr Nizam Zakaria said...

ada kalanya cinta yang ada perlu ditinggalkan pergi untuk membolehkan kita menemui Cinta yang lebih besar disisi-Nya..

Moga tenang dalam dakapan Al Khaliq..

yang akan menyusul,
Abu Al Fateh

Anonymous said...

Taufik,

Kita milik Allah ta'ala dan hanya kepadanya jua kita kembali [al Baqarah 02:155-157]

Wallahua'lam

Anonymous said...

takziah...